Saturday, September 18, 2010

Punca perceraian pasangan muda

Salam...dipetik dari Laman Nurani......


  • Jahil ilmu rumah tangga

  • Gaya hidup moden yang banyak menjurus kepada masalah sosial

  • Belum bersedia menjadi suami isteri

  • Gagal memahami dan menghargai pasangan

  • Menyembunyikan sejarah silam

  • Masalah komunikasi

  • Kurang pemantauan daripada keluarga dan orang tua

  • Kurang masa berkualiti bersama-sama

  • Gagal memenuhi tuntutan batin pasangan

  • Rindu Pada-Nya....



    Sesungguhnya jika rindu itu dirasai rindulah pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Nya   Jika rindu seseorang… moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah   Jangan biarkan rindu itu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Nya

    Friday, September 17, 2010

    Hidangan Hari Raya...Nasi Tomato Ayam


    Salam...

    Hidangan hari raya:

    1) Nasi Tomato Ayam (x sempat dihidang pada tetamu sbb dhabiskan oleh hero kat atas ni)
    2) Meehun goreng ala Cham
    3) Kueytiow mini goreng ala cham
    4) Triffle ( k.long buat)
    5) Kek Batik ( k.long buat jugak)
    5) Tapai pulut

    Corat Coret Raya 2010 - K.Ngah and Family


    Salam...


    Setelah lama tak balik, akhirnya k.ngah dapat balik beraya sesama ngan kami semua...With 2 kids, Haziq and Alya, she's a busy lady...Haziq happy sangat dapat main2 dengan abang Zhariff....Alya plak alway " Ibu...Ibu.."...takleh berenggang langsung dgn k.ngah...aduss....

    Nak balik KL, dia punya bekalan makanan, mengalahkan 20 orang makan...she loves to eat especially Cham's foods.....

    Corat Coret Raya 2010 - K.Long and Family


    Salam...

    Thanks to k.long for the brilliant idea to choose the theme color for all family...Zhariff is growing up so fast...terlebih mature budak ni...seme benda nak tahu...seme bende faham.....mak wan harap zhariff leh jadi someone that will make your parent proud k....Muadz, the 2nd,....he is so loveable....umur dah 3 tahun tapi manjanya macam baby.....mesti slalu tanya" Pak Wan satu lagi mana? ( my hubby, both of them clicked )...

    Raya ni jugak berakhirnya misery k.long with her maid...She's fired....Ape kisahnya? Hanya keluarga je tahu...P&C...Kelegaan sebab my mom sudi pinjamkan maid dia temporarily to k.long...Alhamdullilah...Allah itu Maha Mengasihani....ade je jalan penyelesaian atas segala kekusutan....

    Raya ni jugak, k.long bakal dapat adik ipar as her bro-in-law dah bertunang dengan orang Tumpat....cantik....cikgu plak tu...Tahun depan another kenduri to attend ya....hehhe...

    Bestnya Raya 2010...Alhamdulillah.....


    Salam...

    Setelah lama gila x upload new post, akhirnya terbuat jugak....tahun ni punya raya Alhamdullilah...so many sweet memories...tp masih lagi berdua.....bila lg nak ber-3 ek...hmmm....insyaAllah...harap semua doakan ya...Tema tahun ni - oranje....sebelah mertua, brown....

    Tuesday, September 7, 2010

    Makan-Makan Kat Madam Kwan....




    Salam...

    Semalam iftar dengan ex-Maersk Fa'e and Zura bongek...best sangat....borak2 sampai kedai tutup..hahhaa...
    Luv u gurls...

    Sunday, September 5, 2010

    Bonggol Unta Daa....

    Untuk Muslimah skalian, buat pedoman kita semua....

    Shopping Raya Last Minute

    Salam..

    Hari ni, dapat panggilan dari mak. Suruh aku beli kuih raya banyak2...baru je aku update blog suruh jangan membazir. Akan tetapi, dah mak yang suruh, aku redha je la...Nak beli kat mane ek? Jalan TAR???? aiyoo....manyak orang pulak. Chow Kit...No..No...No..So, last option terpk nak beli kat PKNS Shah Alam...harga? usah ditanya...maybe masa2 suntuk ni peniaga akan naikkan harga? Tapi mungkin juga diaorang  dah start lelong barang2?? Apepun, aku kena usaha cari yang berpatutan dan jugak rezeki pada peniaga2.

    Ye la labu....ape2 jela...

    Amalan penenang jiwa



    Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Kebiasaannya timbul akibat daripada pelbagai punca sama ada kerana diri sendiri atau orang lain.
    Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: ‘Allah meringankan bagi mu peraturan-peraturan agama dan manusia itu dijadikan bersifat lemah‘- surah al-Nisa’:8. Perlakuan manusia yang menghadapi masalah berkaitan dengan pelbagai tindakan seperti kurangnya rasa sabar dalam diri, sentiasa gopoh gapah, suka bantah-membantah serta menyalahkan satu sama lain, rasa putus asa, tidak wujud rasa syukur, manusia mudah lupa dan sebagainya.
    Beberapa kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari. Antara amalannya seperti:

    *Solat wajib dan solat sunat (solat Tahajud, solat Taubat, solat Hajat, solat Tasbih atau solat Awwabin).
    *Puasa wajib dan puasa sunat.
    *Mengeluarkan zakat (fitrah dan harta benda).
    *Menunaikan haji.
    *Membaca al-Quran (Jika tidak memahami, baca maknanya).
    *Berzikir dalam bentuk perkataan dan hati.
    *Bertafakur.
    *Sentiasa mengingati mati dan hari akhirat.
    *Muhasabah diri.
    *Jihad, selalu amalkan perkara baik amar makruf dan jauhi kerja buruk nahi mungkar.
    *Tawaduk’ dan sifat qanaah (berpada-pada).
    *Ketahui dan sedari cara menghalang godaan syaitan dalam jiwa.
    *Ketahui cara menghindar penyakit hati.
    Sebagai contoh, dengan melakukan solat-solat sunat, hikmahnya adalah boleh membimbing untuk pembentukan kecemerlangan diri atau insan kamil, dapat membina personaliti dan tingkah laku mulia.

    AMALAN berzikir mendekatkan diri kepada Allah.

    Boleh mendekatkan diri dan menjalin hubungan dengan Allah. Membersihkan diri dari sifat keji dan buruk. Praktik yang baik untuk pengurusan masa. Melatih diri untuk berakhlak atau berdisiplin dan bermoral dan melatih diri untuk memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.
    Dengan menjalani ibadah puasa, hikmahnya adalah seperti:
    *Menjadi benteng kepada godaan syaitan atau iblis dan perisai terhadap kejahatan.
    *Latihan untuk mendisiplinkan diri.
    *Memupuk sikap sabar.
    *Mewujudkan rasa insaf.
    *Menimbulkan kekuatan untuk menundukkan nafsu.
    Dengan berzikir, berdoa dan beristighfar, hikmahnya adalah untuk membersihkan diri daripada dosa dan maksiat, untuk mendapat keampunan Allah, untuk mendapat ketenangan batin, keikhlasan hati, meningkatkan kecintaan kepada Allah dan berupaya melindungi diri daripada melakukan dosa.
    Malah, Allah telah menegaskan hikmah berdoa dan berzikir dalam firmannya yang membawa maksud ‘…dan Tuhan kamu berfirman, ‘berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu‘- surah al-Mukmin : 60, dan ‘Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian’ -surah al-Baqarah: 168.
    Dengan bertafakur, hikmahnya adalah seperti:
    *Penyuluh untuk mengenal diri dan pencipta.
    *Mendorong penjelajahan fikiran.
    *Pemusatan tumpuan untuk meneliti tahap personaliti dan tingkah laku.
    *Mendorong untuk celik akal.
    *Mewujudkan kesedaran kendiri.
    *Berupaya membuahkan sikap amanah dan jujur.
    Firman Allah yang bermaksud, ‘Mereka yang mengingati Allah baik di waktu berdiri, duduk dan berbaring dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia‘ - surah ali-Imran : 191.
    Sebenarnya kehidupan ini kita tidak boleh lari dari menghampiri diri dan sentiasa mendapat bantuan dan perlindungan Allah. Dalam mengharungi kehidupan kita perlulah menghadapi pelbagai cabaran dan menghadapi kegagalan dan rasa putus asa dengan penuh kesedaran.

    Dipetik dari artikel Dr Jamaludin Abd Rahman

    Saturday, September 4, 2010

    Jam teruk

    Salam...

    5 hari lg nak raya....sana sini jam...adik aku cakap on d way dia balik dari Wangsa Maju, MRR2 sesak teruk....kereta semua x gerak2...Federal Heway pun jam teruk.....Azira yang nak beli kasut untuk anak dia Zara pun terperangkap dalam traffic jam....Kawan aku si Fa'e pun telah dengan jayanya mendera bfnya dengan bersesak2 di jalan TAR...hahaha( gurau je Fa'e)..

    Aku? Dgn kesihatan yang tidak mengizinkan, ( hikmah tuh ) , aku decided tak mahu keluar ke mana2...Rehat je kat umah...layan FB lagi best...hari ni aku baru ternampak msg FB dari kawan UIA....so glad to read that message from her...will try to get more information from her...

    Malam ni kena tido awal sebab nak kena bangun kol 4 pagi...nak amik cousin kat UIA, and then hantar ke LCCT untuk dia balik Kelantan...skali harung fetch adik aku skali...takut gak nak drive pagi2 buta tapi InsyaAllah, okay...

    Mengejar Lailatul Qadr...

    Menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:
    Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
    Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil. Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.
    Qiyamullail
    Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.
    Solat adalah merupakan bekal. Bila dilakukan di keheningan malam, maka ia semakin memperkaya bekal. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaithan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah. Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani dan bekal bagi ruh serta hati.
    Setiap kita pernah melakukan dosa dan tidak sempurna dalam melakukan kewajipan. Kerananya sangat tepat bila kita mengetuk pintu Allah pada waktu sahur untuk meminta keampunan dan rahmatnya. Sebab waktu itu adalah merupakan saat terkabulnya doa. Doa pada waktu malam yang paling menyenangkan dan paling afdal; di tengah malam yang hening seorang hamba merendahkan diri untuk meminta kepada Tuhannya, agar memperkenan permintaannya.
    Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang bertanya telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]
    Doa pada waktu sujud itu amat penting, kerana waktu sujud adalah detik seseorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu, sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu. Dari Abu Hurairah ra., bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo'a (waktu sujud.) [HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa'i]
    Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampun-Ku, akan Aku ampuni. [HR Bukhari dan Muslim]
    Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu? Andai kata diumumkan kepada manusia: sesiapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat harta, daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut.
    Rumah yang selalu dihidupkan dengan qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.
    Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:
    • Keikhlasan niat,
    • Memperkuat tekad,
    • Memperbaharui taubat,
    • Menghindari maksiat pada siang harinya,
    • Segera tidur,
    • Melakukan tidur siang hari, dan
    • Memohon bantuan dari Allah SWT.
    Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.
    Ubadah bin al-Samit berkata bahawa pada suatu malam ar-Rasul saw. keluar untuk memberitahu kami mengenai malam Qadr. Tiba-tiba dua orang Islam sedang bertelagah. Lalu baginda bersabda, maksudnya:
    Saya keluar untuk memberitahu kamu mengenai qiyamullail. Tiba-tiba sipolan dan sipolan telah bertelagah, lalu diangkat malam itu. Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu. Oleh itu carilah ia pada malam ke sembilan, ketujuh ataupun kelima.
    Sebenarnya lailatul Qadr bukanlah diangkat disebabkan pertelagahan itu, tetapi yang diangkat itu ialah mengetahui dengan tepat, bila berlakunya malam Qadr. Ini dibuktikan melalui sabda baginda: Carilah ia.
    Diikuti selepas itu dengan suatu peringatan bahawa pengangkatan ketentuan malam berkenaan itu adalah lebih baik melalui sabdanya: "Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu."
    Ungkapan ini menjelaskan bahawa tidak memberi ketetapan malam tersebut adalah galakan untuk menghidupkan seluruh malam pada bulan itu ataupun sepuluh malam yang terakhir.
    Malam... tanda-tanda dan waktunyaAllah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.
    Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
    Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.
    Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.
    Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:
    اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني
    "Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."
    Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.
    Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.

    [Daripada tulisan Abu Salman Said]

    Selamat Hari Raya......

    Sekut Raya


    Salam...

    Adakah biskut raya anda dah berlonggok mcm dalam gambar tu @ xde ape2 pon? Hhahahaa....jangan membazir ye....Beli la berpada2...nanti pas raya, dah xleh mkn ape slain beskut raya yg terlebih2 tu...hahhaa....

    Resipi - Gulai Ikan Tongkol + Ikan Masin


    Salam...

    Semalam my sister called and asked me to cook the Gulai Ikan Tongkol + Ikan Masin...Dia of course tak sempat masak sebab busy berniaga. So, she said, she'll buy all the ingredients...so, aku tukang masak jek...sian kakak aku tu..

    So, nak share la resipinya kat bawah ni...kalo yg mana dah expert tu, maybe leh bg tips nak kasik sedap lagi..Resepi ni utk 5 orang k...

    Gulai Ikan tongkol:

    Bahan2 -

    Ikan tongkol - 5 ekor ( potong 2@ 3, tgk kebesaran ikan)
    Ikan masin - suka ati jenis apepun
    1 biji kelapa - Santan - nak pekat letak byk...kalo nak cair, letak sket....
    Asam gelugor - 3 keping ( depend nak masam lebih ke x )
    Bawang merah - 3-4 bijik (tumbuk halus)
    Cili Kering ( yg dah blend )
    Garam
    Gula

    Sayur ( optional - leh rebuas berasingan):
    Timun
    Nenas
    Kacang pjg
    Terung
    Cili api

    Sambal lada: (blend je seme kecuali nenas n bwg besar)

    Cili api ( merah and hijau)
    Cili besar ( merah and hijau)
    Limau kasturi
    Gula
    Garam
    Nenas & bwg besar (- potong kiub)




    Memula, masukkan santan dalam periuk....nampak cam panas sket, masukkan ikan tongkol....biarkan mendidih sket, masukkan asam keping, cili kering and bawang yg telah ditumbuk.Pastu masuk garam n gula secukup rasa..Then, masuk ikan kering....last skali, masukkan sayur2 yg telah direbus tadi....Masak kasi seme sebati...baru hidangkan dengan nasi putih + sambal lada.

    Sedap wooo....

    Demam sebelum raya?

    Salam..

    Selsema dan demam sebelum raya. Dugaan sungguh di bulan puasa ni...takpe...Kalo sakit, tandanya Allah sayang kan...dia nak hapuskan antara dosa-dosa hambaNya ni...Time demam ni jugak la nk kena kemas rumah, buat itu, buat ini...Nak kena plan betul betul ni ape nak kena buat. Ramai kawan2 dok komplen suh jangan keluar hari ni sebab jalan jam teruk...betul ke? Last min persiapan nak raya ni gamaknya...hikmah tetap ada....iaitu rezeki untuk peniaga2...alhamdulillah....Aku jugak doakan rezeki melimpah ruah untuk kakak aku yg skang ni dok berniaga kat Ole2 Shah Alam. Dia jual baju kurung, baju Melayu and tudung. Memang elokla untuk raya ni kan...hahhaaa....

    Aku pun still takde baju raya...ape cite? huhuuuhhu.....InsyaAllah, adenye tu...( nak sedapkan ati nih).

    Baru nak mula.....

    Salam.....


    Hari ni x tau la nape tetiba rasa nak buat blog pasal hidup aku....Maybe after reading one of the blog - Mummy's Irfan's blog, aku rasa mcm nak jugak tulis blog ni...bila tengokkan kenangan dia diterjermahkan into blog, aku rasa teruja...she's very pleasant to look at , living in a very loving family, and banyak info kat blog dia yg boleh memberi pedoman hidup pada orang lain. Satu benda yang sama antara aku dia adalah kami ex-UIA....So, aku terpanggil....nak jugak jadik da'ie using my own way....at least aku leh share ape benda baru yang aku belajar setiap hari....


    Moga moga aku dapat belajar memperbaiki diri melalui ape yg aku paparkan setiap hari...Diri ini masih banyak kekurangan..InsyaAllah, ape yg akan dikongsi, mampu memberi pengajaran kepada semua termasuk diri sendiri.....


    Blog Cinta Khadeeja ni aku cipta utk meluahkan rasa cinta pada Ilahi, pada keluarga dan pada semua yg mengenali diri ini...Mengapa aku pilih Cinta Khadeeja sebagai nama blog aku? Khadeeja adalah nama sebenar yg sepatutnya diisi dalam IC aku tapi atas sebab tertentu, misi tersebut tidak berjaya...Jadi, aku nak abadikan nama tu dengan adanya blog ni..